
|
Assalam... Happy New Year :'D Alhamdulillah, it's already 1st January 2012. Macam tak percaya? Harus percaya kerana kita semakin membesar, kan? Azam tahun ni kenalah baru. Tahun lepas berazam nak 9A, tahun ni? Hmm, tak apa. Kauorang mesti ada azam sendiri. Haishh, bosanlah cakap pasal azam. Azam, azam, azam. Aku dah lah mood eksaited nak sekolah gila nih. Aku cuba pakai baju sekolah baru tadi. Hebat kan? So, Form4? Dah fikir nak ambil aliran apa? Jangan salah pilih sudah lah. Kalau ada masalah nak pilih, jumpa kaunselor. Kalau tak nak, sudah. Tahun 2012 ni, kauorang bakal hadapi pelajaran baru, cabaran baru semua tu lah. Aku tahu, bosan gila kan aku cakap? Nak buat macam mana, dah tak ada yang nak mengepos, aku rajin kan diri lah. Seimbas lalu, dikala kauorang menghadap komputer riba yang tidak seberapa, layarkan memori dan kenangan kita bersama. Dari awal persekolahan tingkatan 1 hingga sekarang. Segala suka duka dikongsi bersama. Walaupun selalu menghadapi cacian dan makian daripada tingkatan lain, kita tabah mengharungi segalanya. Walaupun kerap kali kalah dengan sesetangah pertandingan, kita tetap bersatu dan bersama. Walaupun kita selalu dipandang rendah, namun kita dapat menaikkannya dangan result yang gempak. Hoyeahhh!! Walaupun kita pernah bersama duduk di dalam bas yang panas tahap tak ganas, untuk meraikan hari bersama, kita sanggup! Walaupun kita mengantuk sampai mata nak terjuling dalam kelas, kita sanggup layan mimpi nan indah. Ingat kembali kenangan Ha, memang tak bolah blah. Jadi, always flashback memories sebab semuanya sweet sweet kan? Okay,that's all. Yang lain ingat sendiri. Aku pun nak tido jugak. Goodbye 2011, Hello 2012 :'D
|

